top of page

Simple Technique

  • Writer: Noor Shahira
    Noor Shahira
  • Nov 8, 2017
  • 2 min read

Hi guys,, hari ini saya akan tunjukkan cara utk membuat teknik ikat celup yang simple sbg permulaan.

Bentangkan kain di permukaan yang rata. Sebelum itu pastikan permukaan itu dalam keadaan yg bersih. Sekiranya kamu menggunakan meja yang kotor, kekotoran itu akan bagi effect pada warna kita inginkan. Corak yang akan terhasil juga tidak akan dapat dengan tepat.

Sisa-sisa kekotoran yang terkena pada kain kain boleh menimbulkan titik-titik yang nampak jelas pada pewarna atau bintik-bintik putih. Ambil kain lembap dan sapu permukaan sebelum bentangkan kain di atasnya.

Untuk lebih selamat kamu hanya perlu alas plastik sebelum bentangkan kain. Cubit bahagian tengah kain dengan ibu jari dan dua jari. Kamu hanya perlu mengumpulkan sedikit kain di antara jari pada tahap ini. Kain yang dipegang dengan jari akan membentuk titik tengah pada kain. Cubitan terlalu banyak kain akan menghasilkan gumpalan besar di tengah spiral.

Gulungkan kain sambil dipegang dengan jari. Gulung cepat-cepat dan serata mungkin. Untuk mendapat bentuk spiral biasa, kamu harus meratakan kain pada permukaan dengan kain yang digulung tadi meggunakan tangan.

Kamu perlu menggunakan alat untuk membantu menggulung kain untuk menghasilkan spiral yang sekemas mungkin.

Spiral yang cantik menghasilkan lebih banyak lingkaran dalam pola, sehingga lebih rumit. Beberapa alat yang boleh digunakan untuk menggulung spiral adalah garpu pemadam belakang pensil.

Selepas putaran itu sudah kemas. Kamu perlu mengikat kain tersebut meggunakan getah atau tali yang tidak meresap warna. Ikatan itu haruslah kemas supaya putaran kain yang kamu buat tadi. sekiranya kain yang diikat longgar, ia akan mempengaruhi corak warna yang terhasil pada baju tersebut.

Ikatan itu haruslah seimbang jaraknya supaya corak yang terhasil lebih seimbang.

Untuk kain yang tebal kamu perlu ikat menggunakan tali atau getah dengan lebih banyak.

Last sekali, kamu boleh letakkan warna mengikut pembahagian yang diasingkan menggunakan getah tersebut. setelah siap mewarna, jemur di bawah panas matahari. setelah kering buka ikatan itu dan rendam kedalam sodium silikit selama 4-5 jam. setelah itu basuh dan jemur sehingga kering.


 
 
 

Comments


bottom of page